Jumaat, 20 Februari 2009

KOMUNITI SMKPJ: Kejohanan Olahraga SMKPJ 2009

KOMUNITI SMKPJ: Kejohanan Olahraga SMKPJ 2009

..
";


..
Myspace Layouts
..I edited my profile at Freeweblayouts.net, check out these Myspace Layouts!

..

Jumaat, 6 Februari 2009


SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PENYAYANG PTPL SHAH ALAM .



BERSAMA MERINGANKAN BEBAN


MISI KAMI ADALAH MEMBANTU INSAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN.

" KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS PENGURUSAN JENAZAH SIJIL ANDA DALAM PROSES KELULUSAN PIHAK PEGANJUR "

AKIDAH Akhlak

Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”

Riwayat Ibn Abi Dunya



HuraianPengajaran Hadis:i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.” iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Ulama sepakat wajib tutup aurat


Bersama Mohd. Farid Ravi AbdullahPensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


SOALANSAYA sukacita apabila mendengar, mendapat dan melihat berita-berita ramai artis pergi menunaikan umrah dan juga haji. Artis-artis menjadi idola, model contoh dan ikutan ramai terutama di kalangan anak-anak muda. Ramai yang bercerita menghebohkan pemergian mereka.
Yang menyedihkan ramai di antara artis-artis wanita yang telah pergi menunaikan umrah atau haji masih jahil dari segi peraturan agama, hukum dan larangan agama terutama tentang menutup aurat.
Ramai artis wanita cuma memakai selendang atau tudung sebenarnya tidak menutup aurat apabila rambut di hujung kepada terhulur keluar. Ada juga memakai tudung demikian dan memakai pula baju ketat menampakkan bentuk badan. Bukankah tidak menutup aurat itu satu dosa?


JAWAPAN:

Dalam Islam bila kita mengajar orang sesuatu kebaikan selagi mana kebaikan itu dilakukan oleh orang selagi itulah kebajikannya akan mengalir kepada kita. Dan apabila sesuatu keburukan diajar kepada seseorang selagi mana orang itu melakukannya selagi itulah tempias dosanya akan disalurkan kepada si pengajarnya.
Namun akal yang boleh membezakan antara baik dan buruk untuk dijadikan panduan dan sempadan.
Kewajipan seorang muslim menutup aurat bukan perkara (khilaf) yang diperselisihkan oleh ulama. Bahkan menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan.
Golongan yang mengingkari kewajipan menutup aurat dihukum kufur kepada perintah Allah SWT yang qatie (secara pasti dan muktamad).
Mengikut jumhur ulama wanita yang akil baligh, aurat berasal daripada bahasa Arab, aurah yang bererti kurang.
Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.
Di dalam al-Quran terutamanya dalam surah al-Nur, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31)
Persoalannya kenapa ada di antara artis yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji?
Dalam keadaan sedar pasti dia jawab kerana menunaikan fardu haji, yang bermaksud wajib. Ibadah ini wajib ditunaikan bagi setiap orang islam yang akil baligh apabila sudah cukup perbelanjaan dan yakin terhadap keselamatan dan aman perjalanan menunaikan seruan haji ini.
Jika jawapan yang diberikan kerana menyahut seruan kefarduan wajib menunaikan ibadat haji dan yakin bahawa ia diperintahkan oleh Allah.
Suka saya jelaskan bahawa tuhan yang wajibkan haji itu jugalah yang mewajibkan menutup aurat.
Saya juga hairan dengan muslim yang sebegini hanya mentaati Allah dalam sebahagian urusan agama dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (al-Baqarah: 85-86).
Ayat ini menempelak perangai Bani Israel yang beriman dengan sebahagian perintah Allah dan mengingkari sebahagian perintah yang lain di dalam Taurat. Yang demikian itu adalah perangai dan sikap Bani Israel terhadap ajaran Allah di dalam Taurat.
Mungkin tiada bezanya antara Bani Israel dan umat Muhammad SAW dari segi mengingkari perintah Allah.
Tidak dinafikan ada di kalangan artis tanah air yang mendapat hidayah Allah lalu menutup aurat. Dan ada juga artis yang zaman mudanya bergelumang dengan dunia hiburan sehingga lupa perintah Allah di kala penghujung usia baru sedar akan tuntutan agama.
Sayangnya, usia muda dihabiskan untuk memperagakan tubuh badan. Di kala tiada siapa berahi mula menutup.
Walaubagaimanapun, itulah hidayah Allah. Ini bukan bermaksud di usia muda tiada hidayah.
Hidayah adalah petunjuk dari Allah SWT akan diperolehi oleh mereka yang mencarinya.

DALIL AYAT-AYAT CINTA

Kecintaan lelaki kpd wanita
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Wanita solehah sebagai perhiasan terbaik
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Potensi Fitnah dan Bahaya Wanita
Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Lelaki dan Wanita Tidak Boleh Melihat Aurat
Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

Lelaki Perlu Jaga Pandangan
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)


Wanita Perlu Jaga Pandangan
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

Wanita Perlu Tidak Menampakkan Perhiasan & Bentuk Badan
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Wanita Perlu Menutup Bentuk Badan dan Melabuhkan Pakaian
Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Antara Lelaki dan Wanita Ada Hijab (Pelindung, Pendinding, Pemisah)
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
Lelaki dan Wanita Tidak Boleh Berdua-duaan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya." (HR Al Bukhari dan Muslim)

Wanita Tidak Boleh Bercakap Lunak atau Bergurau Manja dengan Lelaki
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Lelaki dan Wanita Tidak Boleh Bersentuhan apalagi Berpegangan atau Lebih
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari) "Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu." (HR At Thabrani dan Al Bahaiqi)

Zina Mata, Zina Lisan dan Zina Faraj
Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
"Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya." (HR Muslim, dari Abu Hurairah)

"Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina." (HR Abu Dawud dan At Tirmizi)

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Fatwa Ulama tentang Hubungan Lelaki – Wanita Sebelum NikahFatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin
"Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya."Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman al-Jibrin
Tentang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya.
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya." Syaikh Jibrin
Lelaki berbicara dengan perempuan lewat telefon
"Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan."Abu Darda berkata; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.


PENGERTIAN SAHABAT
Telah bersabda Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari dan Muslim berkata
Maksud sahabat yang baik dan sahabat yang tidak baik adalah seumpama penjual wangi-wangian dan tukang besi.adapun penjual wangi-wangian itu,samada diberikan kepada kamu sedikit mahupun kamu membelinya sedikit,ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau-bauan yang wangi.Manakala tukang besi,samada dia membakar baju kamu ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau-bauan yang busuk

PENGERTIAN SAHABAT YANG BAIK MENURUT HUKAMA
Baginya maksud sahabat yang baik adalah sahabat yang menunjukkan kebaikan kepada kamu.Akan begitu,sahabat yang paling baik adalah sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat



JOM SERTAI KAMI

Bagaimana Ingin sertai Kelab Penyayang PTPL ?

  1. Dapatkan Borang Di UPP dan isikan maklumat peribadi anda .
  2. Boleh didapati Pada hari Kelab Dan Persatuan PTPL/MSU.
  3. Dapatkan Borang Edsi Terhad di Pusat Islam MSU/PTPL.
  4. Hubungi Terus Kepada Exco Kelab Di Talian

Celcom 019-2307435
Celcom 013-2058425
Maxis 017-8251530 Zulfikri.


AKTIVITI YANG AKAN DATANG .

  1. Lawatan Ke Sekitar Kuala Lumpur .
  2. Perkelahan di Pantai.
  3. Jamuan Untuk Ahli-Ahli Baru.
  4. Gotong - royong
  5. Solat Hajat dan bacaan Yassin.


TERMA DAN SYARAT.

  1. Warga PTPL Sahaja.
  2. Wajib Mengisi Borang dan Telah Menjalani Temuduga.
  3. Aktif dalam Pelajaran Dan aktiviti luar.
  4. Yuran Keahlian wajib di bayar RM 5.00 sahaja.
  5. Aktivti Tahunan Terbuka Kepada semua Pelajar MSU/PTPL dan Staf MSU/PTPL.




    PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 28.12.2008 DI PUSAT ISLAM PTPL/MSU







AKTIVITI PEKHEMAHAN KEM POTENSI DIRI PADA 28.12.2008 ( SABTU ) DI SUNGAI CONGKAK HULU LANGAT SELANGOR.








































































Khamis, 5 Februari 2009

Aktiviti Dan Gambar Aktiviti


SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PENYAYANG PTPL SHAH ALAM.












GAMBAR - GAMBAR BOLEH DI DAPATI
PADA PENGERUSI KELAB.

















































MOTIVASI DIRI

Wanita di mata lelaki terasanya aku ..

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung namaisterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinyaringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"Best baca sampai abis!!!. It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki..."Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terusmembebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... "Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, bolehChatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orangnak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!Kau Isteri Ku....Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibusekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkinone of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanyamemekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TVciter best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,danterasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penattau!!Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless withoutYou mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpaMereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!.



BAGAIMANA NAK SERTAI KELAB PENYAYANG PTPL

  1. Dapatkan borang di UPP dan isikan butir-butir Peribadi anda.

  2. Dapatkan di Kaunter kelab Penyayang di dataran Block C ( Hari Kelab Dan Persatuan ).

  3. Dapatkan Borang di Pusat Islam MSU/PTPL.

  4. Hubungi Zulfikri di talian -017-8251530 , 019-2307435,013-2058425



AKTIVITI KELAB AKAN DATANG .

  1. lawatan Di sekitar Kuala Lumpur .
  2. Perkhelahan di Pantai.

  3. Jamuan Perasmian Ahli-Ahli Baru dan Perlantikan Exco

  4. Gotong - Royong


Berminat Sila Sertai Sekarang Terbuka Kepada Semua.